Wednesday, 25 December 2013
PERLINDUNGAN ALAM SEKITAR
Perlindungan
alam sekitar adalah perbuatan melindungi alam sekitar semula jadi yang
melibatkan individu, organisasi atau kerajaan untuk medatangkan faedah kepada
alam semula jadi dan manusia. Oleh kerana tekanan daripada penduduk dan
teknologi, alam sekitar biofizikal yang sedang dibina telah menyebabkan
kerajaan mula meletakkan sekatan ke atas aktiviti-aktiviti yang menyebabkan
kemusnahan alam sekitar.
Perlindungan
alam sekitar diperlukan kerana ia melibatkan pelbagai aktiviti manusia seperti
pengeluaran sisa, pencemaran udara, dan kehilangan biodiversiti yang boleh mengakibatkan
kepupusan spesies dan ia telah menjadi sebahagian daripada isu-isu yang sensitif
terhadap perlindungan alam sekitar.
Perlindungan
alam sekitar adalah dipengaruhi oleh tiga faktor yang saling berhubungkait
seperti:
- Undang-undang alam sekitar
- Etika
- Pendidikan
Setiap satu daripada faktor-faktor ini
memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi keputusan di peringkat
kebangsaan dalam menilai alam sekitar dan tingkah laku peribadi masyarakat.
Pendekatan
Kepada Perlindungan Alam Sekitar
Perjanjian sukarelawan alam sekitar
Di negara-negara perindustrian, perjanjian
sukarelawan alam sekitar sering menyediakan platform untuk syarikat-syarikat yang
diiktiraf untuk bergerak di luar kawalan seliaan yang minimum untuk menyokong amalan
pembangunan alam sekitar yang terbaik.
Manakala di negara-negara membangun seperti
di seluruh Amerika Latin, perjanjian-perjanjian ini adalah lebih biasa
digunakan untuk membetulkan keadaan yang tidak mematuhi peraturan wajib.
Cabaran yang wujud dengan perjanjian-perjanjian ini adalah untuk mendapatkan data
asas, sasaran, pemantauan dan laporan.
Oleh kerana masalah yang wujud dalam
menilai keberkesanan, penggunaan mereka sering dipersoalkan dan akibatnya akan memberi
kesan negatif kepada alam sekitar. Kelebihan utama penggunaan mereka di
negara-negara membangun adalah bahawa penggunaan mereka membantu untuk membina
keupayaan pengurusan alam sekitar.
Pendekatan ekosistem
Mempertimbangkan ekosistem keseluruhan dan
bukan hanya bertindak balas kepada isu-isu dan cabaran-cabaran khusus.
Sebaik-baiknya proses membuat keputusan di bawah pendekatan ini akan menjadi
pendekatan kerjasama untuk merancang dan membuat keputusan yang melibatkan
pelbagai pihak berkepentingan di semua jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan serta
wakil-wakil industri, kumpulan alam sekitar dan masyarakat. Pendekatan ini ideal
untuk menyokong pertukaran maklumat yang lebih baik, pembangunan strategi resolusi
dan pemuliharaan serantau.
Perjanjian Alam Sekitar Antarabangsa
Kebanyakan sumber-sumber bumi lebih
terdedah kerana mereka dipengaruhi oleh manusia di seluruh negara. Hasil
daripada ini, banyak percubaan telah dibuat oleh negara-negara untuk mewujudkan
perjanjian yang ditandatangani oleh pelbagai kerajaan untuk mengelakkan
kerosakan atau menguruskan kesan aktiviti manusia ke atas sumber-sumber semula
jadi. Ini boleh termasuk perjanjian bahawa faktor-faktor kesan seperti iklim,
lautan, sungai dan pencemaran udara. Perjanjian-perjanjian alam sekitar
antarabangsa ini mempunyai implikasi undang-undang apabila tidak diikuti dan pada
masa yang sama, ia adalah lebih kepada perjanjian dasar untuk digunakan sebagai
kod tingkah laku. Perjanjian-perjanjian ini mempunyai sejarah yang panjang
dengan beberapa perjanjian multinasional berada di tempat dari seawal 1910 di
Eropah, Amerika dan Afrika. Sebahagian daripada perjanjian multinasional paling
terkenal termasuk:
- Protokol Kyoto
- Konvensyen Vienna mengenai Perlindungan Lapisan ozon
- Deklarasi Rio mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan
Isu-Isu Alam Sekitar
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa
pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun
pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan
kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan
berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini
sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan mewarisi
masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan
masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi
dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah
tersebut.
Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam
sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat
sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap
tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan
dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang
dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan
seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk
isu-isu tersebut.
Masalah Ketegasan Dan Pelaksanaan
Pengawalan bukan semata-mata terhadap
masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran
walaupun masih dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala
kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu
diambil kira. Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir
segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak
berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang
telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa.
Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan
yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan
masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk
membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan
tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata.
Kekangan Politik Dan Ekonomi
Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan
kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan
negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan.
Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam
sekitar. Contohnya, pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan
pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya
yang tidak berguna. Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan
tanaman di enam buah kampung di daerah Relau dan Balik Pulau.
Masalah Bidang Kuasa Dan Hierarki Jabatan
Alam Sekitar (Jas)
Dalam hal-hal penentuan keputusan dan
program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang
nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha
untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari
segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira
pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang
sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan
alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan.
Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa
untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian
lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.
Masalah Kos Pengurusan
Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980),
JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40
juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia
Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika
dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusnya adalah
terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut.
Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda
antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS
yang semakin meningkat.
Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang
Ketiadaan pegawai penguatkuasa yang
mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu
tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam
sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan
semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu
bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan
asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.
Masalah Kesedaran Dan Penerimaan Umum
Majoriti rakyat Malaysia masih tiada
kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.
Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu
isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa.
Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya.
Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletakkan di dalam sebuah kilang terbiar
di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak
mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk
setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik
atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai
alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan
dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil
dalam hal ini seperti menlupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara
yang dipratikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti
memudaratkan penduduk.
TERUMBU KARANG
Terumbu karang
merupakan salah satu ekosistem di bumi yang paling produktif dan paling banyak segi
untuk dihayati.Terumbu karang memberikan manfaat sangat besar bagi berjuta-juta
penghuni laut yang hidup berhampiran pesisir pantai. Ini merupakan sumber makanan
dan pendapatan yang penting dan menjadi tempat asuhan bagi pelbagai spesies
ikan yang dikomersilkan selain menjadi daya tarikan pelancong, penyelam dan
peminat terumbu karang dari seluruh dunia. Daripada ini, ia mewujudkan sebuah
pantai pelancongan disamping melindungi garis pantai daripada dipukul ombak
yang kuat. Namun begitu, terumbu karang menghadapi ancaman yang semakin hebat
dan kuat termasuk penangkapan hasil laut yang berlebihan, pembangunan kawasan
pesisiran pantai, terdedah kepada air larian daripada sektor pertanian, dan sektor
perkapalan.
Disamping itu,
ancaman perubahan iklim dunia telah mula menambahkan ancaman kepada kehidupan
terumbu karang. Kenaikan suhu air laut yang tinggi telah menyebabkan kerosakan terumbu
karang secara meluas dan mencetuskan reaksi ke atas tekanan yang disebut sebagai
pemutihan terumbu karang iaitu terumbu karang yang kehilangan mikroalga sehingga
menampakkan kerangka putihnya dan menjadikannya terdedah kepada penyakit dan
kematian. Gejala ini diunjurkan akan bertambah dalam beberapa dekad akan datang.
Pertambahan
bahan buangan CO2 ke dalam laut secara perlahan menyebabkan tindakbalas yang menyebabkan
laut menjadi berasid. Pengasidan laut akan menurunkan kadar pertumbuhan terumbu
karang dan apabila tidak dikawal ia boleh mengurangkan kemampuan terumbu karang
untuk mengekalkan struktur fizikalnya. Gabungan daripada ancaman sedia ada dan
ditambah dengan ancaman daripada kenaikan suhu dan pengasidan laut di dunia
menyebabkan kerosakan terumbu karang semakin meningkat.
Jenis-Jenis Terumbu Karang
Pectinia paeonia
|
Family : Pectiniidae
Genus : Pectinia
Spesies : Pectinia paeonia
Kedalaman : Karang ini banyak
dijumpai hidup pada kedalaman 5-15 meter.
Ciri-ciri : kolumella berkembang
dengan lambat, septa halus dan lembut.
Warna : Umumnya berwarna bintik
coklat, keabu-abuan dan hijau.
Kemiripan : Sepintas karang ini
mirip dengan P. alcicornis.
Distribusi : Tersebar dari
perairan Indonesia, Philipina, Papua New Guinea dan Australia.
Habitat : Karang ini umumnya banyak hidup di perairan
dangkal dan berarus deras.
Pectinia lactuca
|
Family :
Pectiniidae
Genus : Pectinia
Spesies : Pectinia lactuca
Kedalaman :
Karang ini banyak dijumpai hidup pada kedalaman 3-15 meter.
Ciri-ciri :
koloni submasif. Mereka membentuk dinding–dinding dengan tinggi yang relatif
seragam. Kebanyakan dapat dilihat dari koloni di tengah sampai pinggir.
Warna : Umumnya
berwarna keabu-abuan, hijau dan coklat.
Kemiripan :
Sepintas karang ini mirip dengan P. maxima dan P. ayleni.
Distribusi
: Tersebar dari Perairan Indonesia,
Philipina, Papua New Guinea dan Australia.
Habitat : Karang
ini umumnya banyak hidup di perairan dangkal dan berarus deras.
Oxypora lacera
|
Family : Pectiniidae
Genus : Oxypora
Spesies : Oxypora lacera
Kedalaman : Karang ini banyak dijumpai hidup pada kedalaman
3-15 meter
Ciri-ciri : koralit tipis berupa keping laminar, pada
kondisi lingkungan yang turbulen bisa berubah menjadi tebal. Kosta selalu
bergigi.
Warna : Umumnya berwarna coklat.
Kemiripan : Sepintas karang ini mirip dengan O. glabra,O.
Convoluta dan Echynophyllia.
Distribusi : Tersebar dari perairan Indonesia, Philipina,
Papua New Guinea dan Australia.
Habitat : Karang ini umumnya banyak hidup di perairan
dangkal.
Mycedium elephantotus
|
Family : Pectiniidae
Genus : Mycedium
Spesies : Mycedium
elephantotus
Kedalaman : Karang ini banyak dijumpai hidup pada kedalaman
3-20 meter.
Ciri-ciri : Koralit laminar. Koenesteum tidak berbintik.
Tentakel hanya terdapat pada malam hari.
Warna : Umumnya berwarna coklat, hijau, keabu-abuan dan
pink.
Kemiripan : Sepintas karang ini mirip dengan M. robokaki dan
M. Umbra.
Distribusi : Tersebar dari perairan Indonesia, Philipina,
Papua New Guinea dan Australia.
Habitat : Karang ini umumnya banyak hidup di perairan yang
dangkal.
Lobophyllia hemprichii
|
Family : Mussidae
Genus : Lobophyllia
Spesies : Lobophyllia hemprichii
Kedalaman : Karang ini banyak dijumpai hidup pada kedalaman
3-15 meter.
Ciri-ciri : koloni menyerupai helm dan bisa lebih dari 5
meter, koralit paseloid sampai flabellomeanroid. Septa menempel pada dinding
dan kolumella dan memiliki gigi yang tajam. Polip tebal dan seperti daging.
Warna : Umumnya
berwarna kuning dan bintik putih.
Kemiripan : Sepintas karang ini mirip dengan L. dentatus, L.
corymbosa dan L. robusta.
Distribusi : Tersebar dari perairan Indonesia, Jepang,
Madagaskar, Philipina, Papua New Guinea, Tanzania dan Australia.
Habitat : Karang ini
umumnya banyak hidup di perairan dangkal dan berarus deras.
Lobophyllia corymbosa
|
Family : Mussidae
Genus : Lobophyllia
Spesies : Lobophyllia corymbosa
Kedalaman : Karang ini banyak dijumpai hidup pada kedalaman
3-15 meter.
Ciri-ciri : Koloni berbentuk plat, ukuran koloni bisa
mencapai 2 meter, memiliki kalik yang dalam dengan dinding yang halus. Septa
yang terletak didekat dinding umumnya tebal. Septa yang didalam kalik tipis,
dan septa yang ada didekat dinding tebal.
Warna : Coklat kehijauan, abu-abu.
Kemiripan : L. dentatus
Distribusi : Perairan Indonesia, Philipina, Australia, Papua
New Guinea, Jepang, Solomon, Tanzania dan Madagaskar.
Habitat : Reef slopes bagian atas.
Galaxea fascicularis
|
Family : Oculinidae
Genus : Galaxea
Spesies : Galaxea fascicularis
Kedalaman : Karang ini banyak dijumpai hidup pada kedalaman
3-15 meter.
Ciri-ciri : koloni kecil berbentuk seperti bantal, koloni
besar memiliki ukuran 5 m berbentuk kolumnar atau masif, koralit memiliki
ukuran yang berbeda-beda. Tentakel biasanya ada pada siang hari.
Warna : Umumnya berwarna hijau, keabu-abuan, coklat dan
putih.
Kemiripan : Sepintas karang ini mirip dengan G. astreata dan
G. cryptoramosa.
Distribusi : Tersebar dari perairan Indonesia, Philipina,
Papua New Guinea dan Australia.
Habitat : Karang ini umumnya banyak hidup di perairan
dangkal dan berarus deras.
Tujuan Pemuliharaan Terumbu Karang Yang
Terancam
Tujuan pemuliharaan
ini adalah untuk:
- Meningkatkan kesedaran mengenai ancaman yang dihadapi oleh terumbu karang
- Mempercepatkan perubahan di dalam dasar dan tindakan supaya dapat menjamin kehidupan terumbu karang supaya berpanjangan dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang
- Menilai ancaman yang muncul daripada kegiatan manusia terhadap terumbu karang dan membuat penilaian terhadap ancaman iklim terhadap terumbu karang
- Menilai terhadap kelemahan negara / wilayah di dunia dalam menguruskan dan memelihara terumbu karang yang rosak dan mati
Kepentingan
Terumbu Karang
Terumbu karang yang dinamik dan sangat
produktif tidak hanya menjadi habitat yang penting bagi banyak spesies namun penting
bagi berjuta-juta orang yang bergantung kepadanya
Sumber makanan dan rezeki
1/8 daripada penduduk dunia (sekitar 850
juta orang) yang tinggal dalam jarak 100 km dari terumbu karang dan kemungkinan
memperolehi tempias daripada terumbu karang. Lebih dari 275 juta orang di dunia
bergantung kepada terumbu karang untuk mendapatkan sumber makanan dan rezeki di
kawasan tersebut kerana menjadi tempat tumpuan ikan untuk mendapatkan sumber
protein penting. Secara tidak langsung ia menjadi penyumbang kepada jumlah
tangkapan ikan di beberapa negara berkembang. Terumbu karang yang sihat dan
diurus dengan baik adalah di Lautan Hindi atau Pasifik yang boleh menghasilkan
5-15 tan makanan laut per km persegi dalam setahun.
Pelancongan
Di kebanyakkan negara tropika , terumbu
karang menjadi objek pelancongan yang sangat penting. Terumbu karang menjadi
daya penarik bagi penyelam, perenang yang menggunakan snorkel, dan pemancing
sebagai hiburan disamping mempunyai pasir pantai yang putih. Lebih 100 negara
di seluruh dunia mendapatkan keuntungan daripada sektor pelancongan yang berkaitan
dengan terumbu karang.
Perlindungan garisan pantai
Terumbu karang bertindak sebagai pemecah
terhadap hempasan gelombang ombak, mengurangkan hakisan yang terus berlaku dan
mengurangkan banjir dan kerosakan akibat gelombang ketika ombak memukul pantai.
Dengan adanya terumbu karang ini ia dapat melindungi tempat tinggal manusia,
prasarana, dan ekosistem pesisiran pantai yang berharga seperti rumpai laut dan
hutan bakau.
Rawatan penyakit
Kebanyakkan spesies penghuni terumbu karang
telah membentuk sebatian kimia untuk membantu kelangsungan hidup mereka di
habitat yang wujud persaingan ini. Banyak di antara campuran tersebut mempunyai
potensi untuk dijadikan bahan asas bagi ubat-ubatan yang boleh menyelamatkan
nyawa manusia. Penilaian dalam rawatan dengan menggunakan sebatian yang berasal
daripada terumbu karang ini hingga sekarang telah meliputi rawatan bagi
penyakit kanser, HIV dan malaria.
AMALAN PERTANIAN MAMPAN
Industri Arang Briket Habuk Papan dan Sisa Pertanian
Industri arang briket daripada
habuk kayu dan sisa pertanian ini adalah sesuatu proses penghasilan arang
daripada sisa pertanian dengan memampatkan habuk kayu yang telah dihancurkan menjadi
arang bar. Dengan adanya pendekatan ini ia akan memainkan peranan penting dalam
pemuliharaan sumber hutan yang berharga dan pada masa yang sama meningkatkan sumber
pendapatan terutamanya kepada golongan petani. Konsep penghasilan arang ini
adalah bersifat mesra alam sekitar kerana ia memerlukan komitmen dalam pemeliharaan
alam sekitar yang bersih. Industri yang dicadangkan ini juga dapat membantu untuk
melupuskan habuk papan dan sisa pertanian yang telah menjadi masalah utama
kepada kilang papan dan para petani. Dengan itu ia akan dapat menghalang pembakaran
sembarangan dan lambakan menyebabkan pencemaran membahayakan kehidupan kita
disamping dapat melahirkan satu lagi industri kecil dalam pembuatan arang
seterusnya dapat membantu untuk menjana pertukaran asing memihak kepada Malaysia.
Kenapa Habuk Kayu Dan Sisa Pertanian ?
Projek ini diteliti dengan
sistematik kerana ia direka atas dasar teknologi yang telah terbukti dan cekap dengan bekalan bahan mentah yang senang untuk
diperolehi di negara ini. Sekiranya pihak petani tidak mahu melibatkan diri di
dalam industri ini, mereka boleh menjual sisa pertanian mereka ini kepada
individu yang berminat sekaligus dapat menyelamatkan alam sekitar daripada
berlaku pembakaran terbuka.
Sejarah Habuk Papan Briket Arang
Briket adalah jisim termampat
arang atau bahan yang mudah terbakar yang kebiasaannya dalam bentuk bar, bentuk
heksagon atau persegi. Briket arang pertama kali dihasilkan dalam kuantiti yang
besar di akhir 1960-an, dengan menggunakan kanji atau tepung untuk mengikat
serbuk arang halus bersama-sama. Pada masa yang hampir sama, di Jepun dan
Korea, kaedah yang berbeza telah digunakan untuk menghasilkan briket. Sisa kayu
(sering habuk papan) telah dimampatkan ke dalam acuan keras sebelum
karbonisasi. Arang daripada habuk papan briket dihasilkan tanpa pengikat /
kimia dalam proses mengikat, dengan itu menghapuskan apa-apa bau yang tidak
menyenangkan semasa pembakaran.
Hari ini, disebabkan oleh
peningkatan drastik dalam kos pengeluaran dan kelimpahan yang menurun bekalan
kayu balak (eksport larangan ketat ke atas kayu mentah dari negara-negara
membangun), aktiviti yang kini ditemui di Indonesia, Malaysia, Filipina,
Thailand dan juga di China. Malangnya , pasaran hanya terhad kepada rantau Asia
pada masa ini dan sukar untuk mengeksploitasi ke pasaran lain walaupun langkah
itu adalah untuk menyimpan semua sisa kayu dari hutan dan pada masa yang sama
menyelamatkan semua hutan lain untuk menghasilkan arang kayu keras.
Proses Pengeluaran
- Kayu dan sisa pertanian yang dibuang selalunya dalam bentuk habuk papan dikumpul dari kilang papan, diayak dan sisa yang bersaiz bersesuaian akan dikumpulkan sebagai bahan mentah tunggal untuk pengeluaran.
- Sisa kayu dan pertanian kemudiannya akan melalui proses pengeringan dengan sistem putar untuk penjana udara panas.
- Bahan mentah kering kemudiannya disalurkan kepada peralatan memampatkan dikenali sebagai ‘screw extruder’ atau mesin membentuk semasa ia masih dalam keadaan yang panas / suam , untuk menghasilkan briket habuk papan di bawah tekanan kira-kira 40 tan melalui panas (lebih kurang 300-350 darjah celcius) dalam acuan. Tekanan dan daya tenaga haba yang resin digunakan untuk mengikat sisa kayu di bawah tekanan yang tinggi untuk membentuk habuk kayu briket dengan kepadatan lebih tinggi daripada asal kayu.
- Briket ini kemudian dibawa untuk karbonisasi atau proses pembentukan arang . Pembentukan arang memerlukan 3 – 5 hari dalam bekas yang direka khas. Penyejukan adalah sama ada di dalam tanur itu sendiri (seperti untuk semua tanur konvensional) atau dikeluarkan kerana penyejukan luar menggunakan penyejukan ruang / kotak.
- Arang ini kemudiannya bersedia untuk dibungkus mengikut gred
PEMANASAN GLOBAL
Pemanasan global adalah merujuk
kepada peningkatan suhu purata atmosfera dan lautan bumi. Sejak abad ke- 20 awal, suhu permukaan minima bumi telah meningkat kira-kira 0.8°C (1.4° F),
dengan kira-kira dua pertiga daripada peningkatan yang berlaku sejak tahun
1980. Pemanasan sistem iklim adalah tidak berbelah bagi dan ahli-ahli sains yakin
bahawa ia adalah terutamanya disebabkan oleh peningkatan kepekatan gas rumah
hijau yang dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil
dan pembasmian hutan.
Fenomena ini berlaku apabila pemerangkapan
gas rumah hijau yang menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas
keluar ke angkasa. Gas rumah hijau ini bersifat membenarkan bahangan matahari
menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Gas
rumah hijau ini terdiri daripada campuran ikatan kimia bagi karbon dioksida,
karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, dan nitrogen oksida. Pemanasan
global ini dapat dirasai di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan
pembangunan perindustrian dan kawasan yang sedang mengalami tekanan daripada
pembandaran.
Punca-Punca Pemanasan Global
Perindustrian
Pemanasan global disebabkan oleh
aktiviti perindustrian yang membebaskan pembakaran bahan api fosil seperti gas
dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak
gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon
dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas
lalu meningkatkan suhu udara secara global.
Pengangkutan
Penggunaan kenderaan yang
menggunakan sumber bahan bakar utama daripada petroleum bagi menggerakkan enjin
kenderaan telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida.
Secara tidak langsung ia menjadi penyumbang kepada pemerangkap gas-gas ini
kawasan atmosfera.
Pembakaran Hutan
Kegiatan pembakaran hutan untuk
membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau
sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global kerana imbangan kandungan
oksigen dengan karbon dioksida di dalam udara menjadi tidak seimbang. Lebihan
karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global. Asap yang terbebas ke
angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida. Hal
ini mengakibatkan berlaku masalah kepada negara jiran kerana asap yang terhasil
tadi akan berterbangan di udara. Udara panas akan menjadi ringan dan
menyenangkannya untuk di bawa bersama angin. Seterusnya membawa kepada masalah
jerebu dan boleh menjejaskan kesihatan manusia.
Pertanian Dan Penternakan
Aktiviti pertanian yang
menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan telah
mengeluarkan banyak kesan kepada gas rumah hijau kerana kandungan bahan kimia
yang membebaskan gas CFC semasa ia digunakan.
Letusan Gunung Berapi
Letusan gunung berapi yang banyak
mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya
karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah
menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.
Kesan-Kesan Akibat Pemanasan Global
Litupan Salji Dan Glasier menjadi
cair
Kenaikan aras air laut akibat
pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir
besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta
negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh.
Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan
mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah
tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut
termusnah.
Ketiadaan sumber bekalan makanan
Pokok-pokok tanaman juga tidak
dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun
hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia
boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan
makanan dunia.
Kekeringan sumber air permukaan
bumi dan kemarau
Proses sejatan tidak mempunyai
wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan
berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan
udara kering memudahkan terbentuknya jerebu.
PENGURUSAN HUTAN SECARA BERKEKALAN
Di bawah
Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri di
mana setiap negeri dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar dan
undang-undang perhutanan masing-masing. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan
hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta
menjalankan penyelidikan. Bagi memastikan pelaksanaan polisi dan program
perhutanan dapat diselaraskan, Majlis Tanah Negara telah diwujudkan sebagai
platform kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membincang
perkara-perkara berkaitan polisi dan pengurusan perhutanan di Malaysia.
Malaysia amat
bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara
signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Hutan di Malaysia kaya
dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan untuk
memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara
dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok sepertimana
komitmen yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil
pada tahun 1992.
Jenis-Jenis Hutan
Amalan Pengurusan Hutan
Malaysia adalah
komited kepada pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Malaysia
memberikan penekanan seimbang dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi dan
pemeliharaan sumber aslinya sebagaimana yang termaktub di dalam objektif Dasar
Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu untuk:
- Memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan
- Melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik serta meningkatkan penyelidikandan pendidikan.
Bagi memastikan bekalan kayu kayan negara
mencukupi, kawalan ke atas hasil hutan dilaksanakan dengan berpandukan kepada
Rancangan Pengurusan Hutan. Catuan Tebangan Tahunan (CTT) tutur dilaksanakan
bertujuan untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan
keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal.
Pematuhan CTT di negeri-negeri dilaporkan kepada Majlis Tanah Negara yang
dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Biodiversiti
United Nation
Earth Summit pada tahun 1992 telah mendefinisikan Kepelbagaian biologi atau
“biodiversiti” sebagai " kepelbagaian antara organisma hidup dari pelbagai
sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem
akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam
kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.
Lihat sahaja
pada di sekeliling kita. Kita mempunyai pelbagai jenis tumbuhan berbunga,
pakis, pokok yang gah, serangga, burung, ikan dan haiwan serta habitat mereka
yang unik seperti paya bakau, sungai, tanah tinggi dan kawasan pantai. Air yang
kita minum, udara yang kita hirup dan pakaian yang kita pakai, semuanya datang
daripada alam semula jadi serta daripada proses yang kompleks serta perkhidmatan
daripada alam semula jadi yang membantu mengekalkan kehidupan di bumi. Semua
kehidupan di bumi termasuklah manusia dan perkhidmatan ekosistem membentuk
jaringan kehidupan yang bersepadu. Inilah yang dimaksudkan sebagai konsep
biodiversiti. Sehingga kini, kira-kira 1.75 juta spesies telah dikenal pasti.
Saintis pula berpendapat bahawa terdapat kira-kira 13 juta spesies, walaupun ia
dianggarkan berjumlah di antara 3-100 juta.
Kepentingan Biodiversiti
Kemandirian
Manusia Sejagat
Biodiversiti
memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan semua
keperluan utama kita untuk hidup.
Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan Riadah dan Nilai
Kebudayaan
Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan
proses biologi lain yang kompleks termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan,
pembentukan dan perlindungan tanah, kawalan banjir dan kawalan iklim.
Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan,
rekreasi, keagamaan dan kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting
dalam pembentukan kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti.
Menyokong Kehidupan
Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada
masa ini dan pada masa hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk
menyesuaikan diri dan berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.
Kekayaan Biodiversiti Di
Malaysia
PENGURUSAN SUMBER AIR
Setiap negeri di
Malaysia mempunyai sistem pengurusan air yang tersendiri dan tidak seragam
antara satu negeri dengan negeri yang lain. Malah kesan daripada perkara ini
menyebabkan pengurusan air di Negara ini tidak seragam kerana kewujudan dasar
penswastaan dan penglibatan ramai pemegang saham di dalam isu pengurusan air.
Secara umumnya, pengurusan sumbe rair adalah berada di bawah tanggungjawab dan
bidang kuasa kerajaan negeri. Bagi setiap negeri, mereka akan mempunyai
pengurusan air yang tersendiri seperti:
- Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sendirian Berhad (PBA) - Pulau Pinang
- Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) – Kelantan
- Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) – Selangor
- Lembaga Air Perak (LAP) – Perak
- Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) – Terengganu
- Saj Holding Sdn Bhd – Johor
- Laku Management Sdn Bhd – Sarawak
- Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) – Melaka
- Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) - Negeri Sembilan
- Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA) - Kedah
Parlimen
Malaysia meluluskan pindaan kepada kerajaan negeri mengekalkan kuasa untuk
mengurus sumber air terhadap sumber air, kawasan tadahan air dan lembangan
sungai semasa satu sidang khas Parlimen pada pertengahan 2005. Kebanyakan
kawasan tadahan air berada dalam kawasan hutan simpan setelah air mengalir ke
empangan ini diuruskan pula oleh agensi yang berbeza bergantung pada jenis
empangan. Sistem tadahan air dan punca air diletakkan di bawah pengurusan
kerajaan negeri yang turut melibatkan Jabatan Perhutanan.
Empangan untuk
Penebatan banjir dan pengairan di bawah bidang kuasa Jabatan Pengairan dan
Saliran (JPS), apabila ke loji rawatan air pula, air akan diuruskan oleh
lembaga air negeri, atau Jabatan Kerja Raya (JKR) atau syarikat air yang
dilantik oleh kerajaan negeri dan apabila air mengalir ke paip ia akan berada
di dalam industri perkhidmatan air negara di bawah kelolaan Suruhanjaya
Perkhidmatan Air Negara SPAN malah turut melibatkan secara langsung Jabatan
Alam Sekitar dalam mengawal kualiti air
sungai, dan Kementerian Kesihatan mengawal kualiti air minuman.
Sumbangan Sumber Air Ke Arah Kepentingan
Negara
Air digunakan
dalam pelbagai aktiviti harian iaitu:
- Kegunaan domestik
- Kegunaan industri
- Kegunaan pengairan sektor pertanian
- Kegunaan akuakultur
- Kegunaan eko-pelancongan
- Kegunaan aktiviti social
- Kegunaan perlombongan
- Kegunaan hidroelektrik
Isu
dan Cabaran Pengurusan Sumber Air
Kekurangan bekalan
Fenomena ini disebabkan oleh hujan yang
tidak sekata antara kawasan serta di dalam kawasan di negara ini. Taburan hujan
adalah tidak sekata dari musim ke musim dan dari tahun ke tahun. Akibat ketidakseragaman
ini taburan hujan, aliran permukaan air, terutama di sungai berbeza dari segi
kuantiti dan kelajuan. Dalam membangunkan kawasan-kawasan di mana bekalan air
yang besar diperlukan, air permukaan semasa musim kemarau tidak mencukupi untuk
memenuhi permintaan bagi air. Walau bagaimanapun, semasa musim tengkujuh,
bekalan air melebihi permintaan manakala sungai-sungai yang sedia ada mempunyai
masalah menampung jumlah air permukaan. Ini mengakibatkan banjir.
Penurunan kualiti air sungai
Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti
air ini akan berlaku di kawasan yang mempunyai komposisi penduduk yang tinggi.
Kemerosotan kualiti air berlaku seiring dengan pembangunan sesuatu
kawasan. Kawalan banjir dan fungsi
pencegahan jatuh di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran, Kementerian Sumber
Asli dan Alam Sekitar, Malaysia. Jabatan ini telah merancang dan melaksanakan
beberapa projek tebatan banjir seperti empangan (bagi mengawal) kawalan
kejadian banjir, kawasan tadahan air, penambahbaikan saliran sungai, saluran
lencongan dan pam saliran. Projek-projek yang dibiayai oleh Kerajaan
Persekutuan Malaysia dikendali dan disenggara oleh kerajaan negeri
masing-masing.
Pembangunan
Sumber Air
Terdapat 15 elemen yang boleh dikaitkan
dengan pembangunan sumber air seperti di bawah:
Jenis-jenis kerja yang berkaitan dengan pembangunan
sumber air diklasifikasikan kepada kerja-kerja kejuruteraan dan bukan
kejuruteraan. Kerja-kerja kejuruteraan adalah seperti:
- bangunan dan pembinaan empangan
- leeves
- channel improvement
- pumping plants
- harbour improvement
- head water control structures
- debris detention dams
- works for pollution control
- reservoirs for augmenting low flow
Kerja- kerja yang bukan-kejuruteraan adalah
seperti:
- pengezonan banjir biasa
- ramalan dan amaran banjir
- pemuliharaan tanah dan amalan pengurusan hutan
- sistem pengumpulan pembetungan
- langkah-langkah kawalan undang-undang
Tujuan
kerja-kerja di atas adalah untuk memaksimumkan penggunaan sumber air untuk
merangsang aktiviti ekonomi dan meningkatkan taraf hidup. Data asas akan dapat
dikutip melalui setting up of instruments or system of instruments. Jenis-jenis
prinsip sumber air data yang diperlukan untuk pertimbangan projek dalam setiap
elemen yang akan diperolehi daripada data asas melalui analisis statistik am
atau menggunakan perisian komputer tertentu.
Penilaian Sumber Air
Penilaian sumber
air adalah proses mengukur, mengumpul dan menganalisis parameter yang berkaitan
pada kuantiti sumber air bagi tujuan pembangunan dan pengurusan sumber air. Ia
melibatkan aktiviti berikut :
- Perancangan dan pelaksanaan rangkaian dan stesen perolehan data
- Semakan dan pemprosesan data yang diperoleh
- Penyusunan data dengan sistem pengurusan data yang terbaik
- Analisis data untuk menghasilkan maklumat permohonan
Peranan Penilaian Sumber Air
Penilaian Sumber
air membolehkan sains berkenaan sumber air, kejuruteraan dan pengurusan
ditentukan kuantitinya untuk menyediakan asas atau asas bagi yang berikut:
- Penggubalan dasar / strategi / perundangan bagi pembangunan dan pengurusan sumber air
- Perancangan dan pelaksanaan, operasi, peraturan pemantauan dan penyenggaraan projek sumber air
- Membuat keputusan berkenaan cadangan pembangunan sumber air
- Penyelidikan dan pembangunan di kawasan sumber air demi kepentingan negara (contohnya Pulau hidrologi, tanah tinggi hidrologi, pembangunan tanah lembap, Pelan Induk saliran bandar
- Pembangunan teknologi hydroinformatics
- Komunikasi antarabangsa dan interdiscipline dan pertukaran data sumber air, maklumat dan advances
Subscribe to:
Posts (Atom)