Wednesday 25 December 2013

PEMANASAN GLOBAL

Pemanasan global adalah merujuk kepada peningkatan suhu purata atmosfera dan lautan bumi. Sejak abad ke- 20 awal, suhu permukaan minima bumi telah meningkat kira-kira 0.8°C (1.4° F), dengan kira-kira dua pertiga daripada peningkatan yang berlaku sejak tahun 1980. Pemanasan sistem iklim adalah tidak berbelah bagi dan ahli-ahli sains yakin bahawa ia adalah terutamanya disebabkan oleh peningkatan kepekatan gas rumah hijau yang dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti pembakaran bahan api fosil dan pembasmian hutan.
Fenomena ini berlaku apabila pemerangkapan gas rumah hijau yang menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Gas rumah hijau ini bersifat membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Gas rumah hijau ini terdiri daripada campuran ikatan kimia bagi karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, dan nitrogen oksida. Pemanasan global ini dapat dirasai di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian dan kawasan yang sedang mengalami tekanan daripada pembandaran.

Punca-Punca Pemanasan Global

Perindustrian
Pemanasan global disebabkan oleh aktiviti perindustrian yang membebaskan pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.



Pengangkutan
Penggunaan kenderaan yang menggunakan sumber bahan bakar utama daripada petroleum bagi menggerakkan enjin kenderaan telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida. Secara tidak langsung ia menjadi penyumbang kepada pemerangkap gas-gas ini kawasan atmosfera.


Pembakaran Hutan
Kegiatan pembakaran hutan untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global kerana imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida di dalam udara menjadi tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global. Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida. Hal ini mengakibatkan berlaku masalah kepada negara jiran kerana asap yang terhasil tadi akan berterbangan di udara. Udara panas akan menjadi ringan dan menyenangkannya untuk di bawa bersama angin. Seterusnya membawa kepada masalah jerebu dan boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Pertanian Dan Penternakan
Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan telah mengeluarkan banyak kesan kepada gas rumah hijau kerana kandungan bahan kimia yang membebaskan gas CFC semasa ia digunakan.

Letusan Gunung Berapi
Letusan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.

Kesan-Kesan Akibat Pemanasan Global

Litupan Salji Dan Glasier menjadi cair
Kenaikan aras air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negara-negara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.

Ketiadaan sumber bekalan makanan
Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari, ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.

Kekeringan sumber air permukaan bumi dan kemarau
Proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu.

No comments:

Post a Comment