Wednesday 25 December 2013

PENGURUSAN HUTAN SECARA BERKEKALAN

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, hutan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri di mana setiap negeri dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar dan undang-undang perhutanan masing-masing. Kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan hanya terhad untuk memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal, latihan serta menjalankan penyelidikan. Bagi memastikan pelaksanaan polisi dan program perhutanan dapat diselaraskan, Majlis Tanah Negara telah diwujudkan sebagai platform kepada Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk membincang perkara-perkara berkaitan polisi dan pengurusan perhutanan di Malaysia.

Malaysia amat bertuah dianugerahi sumber hutan asli bernilai tinggi serta menyumbang secara signifikan kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Hutan di Malaysia kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Adalah menjadi aspirasi Kerajaan untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keluasan tanah negara dikekalkan sebagai kawasan berhutan dan dilitupi pokok-pokok sepertimana komitmen yang dinyatakan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro, Brazil pada tahun 1992.

Jenis-Jenis Hutan

Amalan Pengurusan Hutan
Malaysia adalah komited kepada pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB). Malaysia memberikan penekanan seimbang dalam aspek pembangunan sosio-ekonomi dan pemeliharaan sumber aslinya sebagaimana yang termaktub di dalam objektif Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu untuk:
  • Memelihara dan mengurus hutan negara berdasarkan prinsip-prinsip pengurusan secara berkekalan
  • Melindungi alam sekitar dan memelihara kepelbagaian hayat, sumber-sumber genetik serta meningkatkan penyelidikandan pendidikan.

Bagi memastikan bekalan kayu kayan negara mencukupi, kawalan ke atas hasil hutan dilaksanakan dengan berpandukan kepada Rancangan Pengurusan Hutan. Catuan Tebangan Tahunan (CTT) tutur dilaksanakan bertujuan untuk mengimbangi jumlah pengeluaran dan penghasilan kayu dengan keupayaan dan keluasan kawasan hutan pengeluaran dalam Hutan Simpanan Kekal. Pematuhan CTT di negeri-negeri dilaporkan kepada Majlis Tanah Negara yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Biodiversiti
United Nation Earth Summit pada tahun 1992 telah mendefinisikan Kepelbagaian biologi atau “biodiversiti” sebagai " kepelbagaian antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya.
Lihat sahaja pada di sekeliling kita. Kita mempunyai pelbagai jenis tumbuhan berbunga, pakis, pokok yang gah, serangga, burung, ikan dan haiwan serta habitat mereka yang unik seperti paya bakau, sungai, tanah tinggi dan kawasan pantai. Air yang kita minum, udara yang kita hirup dan pakaian yang kita pakai, semuanya datang daripada alam semula jadi serta daripada proses yang kompleks serta perkhidmatan daripada alam semula jadi yang membantu mengekalkan kehidupan di bumi. Semua kehidupan di bumi termasuklah manusia dan perkhidmatan ekosistem membentuk jaringan kehidupan yang bersepadu. Inilah yang dimaksudkan sebagai konsep biodiversiti. Sehingga kini, kira-kira 1.75 juta spesies telah dikenal pasti. Saintis pula berpendapat bahawa terdapat kira-kira 13 juta spesies, walaupun ia dianggarkan berjumlah di antara 3-100 juta.

Kepentingan Biodiversiti
Kemandirian Manusia Sejagat
Biodiversiti memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan semua keperluan utama kita untuk hidup.

Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan Riadah dan Nilai Kebudayaan
Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan proses biologi lain yang kompleks termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan, pembentukan dan perlindungan tanah, kawalan banjir dan kawalan iklim.
Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan, rekreasi, keagamaan dan kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti.

Menyokong Kehidupan
Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada masa ini dan pada masa hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.

Kekayaan Biodiversiti Di Malaysia


No comments:

Post a Comment