Tuesday 24 December 2013

PENGURUSAN

Pengurusan ini merujuk kepada aktiviti untuk menggalakkan, menyokong dan mengekalkan pembangunan terhadap manusia terutama bagi golongan yang paling miskin dan paling marginal ataupun golongan yang rapuh. Proses pelaksanaan pengurusan ini lebih memfokuskan kepada sudut ekonomi, politik dan pentadbiran pihak berkuasa di mana rakyat dan kumpulan masyarakat akan menyuarakan kepentingan mereka dengan menyuruh pihak pengurusan supaya melaksanakan dan memenuhi kehendak dan keperluan mereka disamping menjadi pengantara yang berbeza di antara mereka.

Kebiasaannya pengurusan ini perlu melibatkan penyertaan yang telus dan bertanggungjawab supaya setiap pelan perancangan dapat dijalankan dengan baik bagi menggalakkan kedaulatan undang-undang sesebuah negara ataupun organisasi. Terdapat tiga proses penting di dalam sesebuah organisasi iaitu ekonomi, politik dan pentadbiran. Proses ekonomi ini ialah dengan membuat keputusan dalam aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan ekonomi negara seperti kemasukan barangan import dan eksport di kawasan pelabuhan. Bagi politik pula, ia adalah sebuah proses untuk membuat keputusan bagi merumuskan dasar yang diperkenalkan supaya dasar tadi dapat diimplementasikan dan dilaksanakan dengan sempurna di dalam Negara ataupun organisasi. Manakala untuk pentadbiran pula, ia melibatkan proses pelaksanaan dasar.

Di dalam proses pengurusan ini, ia mempunyai 9 aspek yang diambilkira seperti:
  1. Penyertaan oleh semua peringkat masyarakat
  2. Kedaulatan undang-undang yang adil dan dikuatkuasakan secara saksama tidak mengira golongan bangsa,agama dan warna kulit.
  3. Ketelusan pentadbiran adalah bebas daripada berlaku kebocoran maklumat sesebuah organisasi kepada pihak luar.
  4. Responsif dengan memberikan perkhidmatan kepada semua lapisan masyarakat tanpa ada unsure prejudis terhadap mana-mana pihak.
  5. ‘Concensus’ ataupun mempunyai kata sepakat daripada semua pihak agar kepentingan awam dapat dijadikan benda yang utama semasa mentadbir.
  6. Ekuiti yang wujud untuk peluang di dalam meningkatkan kesejahteraan hidup
  7. Keberkesanan / Efficieny adalah memenuhi setiap keperluan
  8. Akauntabiliti yang timbul apabila perasaan bertanggungjawab terhadap kepentingan awam
  9. Wawasan yang lebih melihat kepada masa hadapan

Perhubungan
Terdapat 3 pihak utama di dalam mentadbir urus yang terdiri daripada:
  1. ·         Negeri
  2. Sektor Swasta
  3. Masyarakat Sivil

Negeri
Golongan yang mentadbir negeri adalah berperanan untuk menegakkan hak-hak golongan yang mudah terjejas seperti golongan berpendapatan rendah. Contohnya di dalam menyediakan kemudahan tempat berlindung bagi golongan ini.

Selain itu juga, ia bertindak sebagai pelindung alam sekitar daripada berlaku kerosakan berdasarkan undang-undang yang diperkenalkan. Contohnya untuk mengawal setiap pembangunan yang akan dijalan supaya ia tidak memberi kesan kepada alam sekitar.

Pengekalan keadaan makroekonomi yang stabil juga di bawah tanggungjawab pengurusan kerana melalui pengurusan negeri akan membenarkan pihak pelabur untuk melabur di kawasan mereka dengan membawa masuk penempatan kilang.

Selain itu, ia juga melibatkan tugasan untuk mengekalkan standard kesihatan dan keselamatan awam untuk semua pada kos yang berpatutan supaya semua masyarakat mampu untuk mendapatkan dan menikmati kemudahan tersebut.

Menggerakkan sumber bagi menyediakan perkhidmatan awam yang penting dan infrastruktur supaya tahap ketersampaian masyarakat berada pada tahap yang selesa seterusnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Sektor Swasta
Sumber utama di dalam menghasilkan pekerjaan yang produktif kerana sektor ini mendahulukan keuntungan berbanding dengan kebajikan. Kebanyakan sektor ini terdiri daripada syarikat yang boleh memupuk pembangunan sektor swasta dan mewujudkan persekitaran makroekonomi yang stabil.

Selain itu, ia juga mengekalkan pasaran yang kompetitif di dalam sesuatu bidang dan memupuk perusahaan yang menjana kebanyakan pekerjaan dan peluang pekerjaan seterusnya akan menarik pelaburan dan membantu untuk memindahkan pengetahuan dan teknologi, terutamanya kepada golongan miskin.

Masyarakat Sivil

Bagi masyarakat pula, tugasan mereka adalah untuk melindungi hak-hak semua rakyat dan bersifat dinamik. Kebanyakan golongan ini terlibat di dalam aktiviti ekonomi dan sosial.

No comments:

Post a Comment