Wednesday 25 December 2013

TRAFFIC IMPACT ASSESSMENTS (TIA)

‘Traffic Impact Assessments’ (TIA) adalah alat yang digunakan untuk menganalisis keadaan trafik yang dicadangkan dengan akses baru atau peningkatan penggunaan akses yang sedia ada disebabkan perkembangan pembangunan yang dijalankan. TIA umumnya termasuk di dalam penerangan bagi skop dan intensiti projek yang dicadangkan itu, ringkasan kesan yang diunjurkan dan apa-apa langkah pencegahan yang perlu dilakukan, dan membantu memastikan bahawa keadaan lebuh raya/jalaraya selamat dan boleh menampung pertambahan bilangan kenderaan akibat daripada pembangunan yang dicadangkan.
Kajian impak trafik ini adalah bagi membantu pemaju dan agensi di dalam mencapai objektif yang berikut:
  • Ramalan terhadap impak trafik yang akan diterima berdasarkan oleh cadangan pembangunan dan bukannya berdasarkan persepsi
  • Menentukan penambahbaikan yang diperlukan untuk menampung pembangunan yang dicadangkan
  • Memperuntukkan dana dengan lebih cekap
  • Menghubungkaitkan keputusan guna tanah dengan keadaan lalu lintas
  • Menilai bilangan, lokasi dan reka bentuk pusat akses
  • Mengemaskini data trafik (unjuran)
  • Mengenal pasti keperluan untuk peningkatan keadaan jalan

·        Menyediakan asas bagi menentukan tanggungjawab kepada pemaju untuk penambahbaikan di luar tapak
Garis panduan berikut adalah bertujuan untuk membantu pemaju dan perunding di dalam pemahaman, keperluan dan jangkaan mengenai TIA. Dokumen ini tidak bertujuan untuk menyediakan garis panduan kejuruteraan teknikal, tetapi untuk menyediakan satu rangka kerja bagi dokumentasi laporan tersebut. Di dalam penyediaan laporan TIA ini, seorang jurutera pengangkutan yang berkelayakan harus melengkapkan TIA.

Contoh Bancian Lalulintas Yang Dijalankan

MENGAPA TIA PENTING?
Konsep pembangunan mampan mengiktiraf impak penggunaan kenderaan bermotor pada alam sekitar dan keperluan untuk menambahkan penggunaan pengangkutan awam. Pengiktirafan ini meliputi kedua-dua alam sekitar semula jadi dan alam sekitar yang dibina.
Kebanyakan pembangunan yang dirancang akan menarik lebih banyak pergerakan pengangkutan persendirian berbanding pengangkutan awam. Oleh sebab itu, langkah menangani penggunaan kenderaan bermotor dan lalu lintas perlu disediakan kerana ia akan memberi kesan ke atas alam sekitar.
Semua cadangan perancangan boleh menjana kepada tambahan trafik ke atas jalan raya dan jalan-jalan bersebelahan dan boleh membawa kepada keperluan untuk penambahbaikan kepada infrastruktur yang sedia ada. Hal ini bertujuan supaya kesan cadangan dapat dinilai, dipertimbangkan bagi pergerakan lalu lintas pada masa depan yang dijangka adalah penting dan kaedah yang boleh diterima adalah dengan melaksanakan TIA.
Contoh borang Bancian Yang Digunakan

TIA tidak sepatutnya menjadi latihan promosi yang dijalankan bagi pihak pemaju. Penyediaan TIA adalah perlu memberikan keterangan tidak berat sebelah dan objektif impak serta kesan trafik pembangunan yang dicadangkan. Satu penilaian penuh dan terperinci diperlukan untuk melihat bagaimana pergerakan kenderaan dan manusia terhadap tapak pembangunan yang mungkin memberi kesan kepada rangkaian jalan raya dan pejalan kaki yang sedia ada. Satu pertimbangan objektif impak lalu lintas sesuatu cadangan ini perlu bagi membolehkan keputusan perancangan yang berdasarkan prinsip-prinsip pembangunan yang mampan.

No comments:

Post a Comment